Ahad, Disember 12, 2010

Pentingnya Nutrisi Untuk Badan kita!!

Selamat datang ke dunia pemakanan!!. Walaupun masih ramai antara kita yang belum sedar akan pentingnya nilai nutrisi dalam sesuatu makanan, tetapi itulah hakikat bahawa  makanan yang kita makan amat jelas mempengaruhi kehidupan kita dalam pelbagai aspek bergantung kepada pengambilan jenis makanan yang telah diambil.

Hampir setiap masa dalam sehari, kita telah mengambil dan memilih pelbagai makanan secara rawak dan tidak menepati kuantiti dan kualiti yang diperlukan oleh badan kita. Umum sedar bahawa setiap pengambilannya juga akan memberi kesan kepada kesihatan tubuh badan kita. Tidak kiralah samada pengambilan tersebut lebih banyak memberi kepada kesan buruk, namun inilah yang selalu kita praktikkan. Walaupun setiap pemilihan makanan yang kita ambil ada segelintirnya yang memberi kesan baik, namun situasi seperti ini akan menjadi lebih buruk sekiraya diamalkan dalam tempoh masa yang panjang. Untuk itu, kita perlulah mengamalkan gaya pemakanan yang sihat secara konsisten supaya tubuh badan kita sentiasa mendapat nutrisi dan seterusnya memberi faedah yang baik kepada kesihatan kita. Ini penting bagi mengelak diri dari ditimpa pelbagai penyakit kronik seperti kanser dan sebagainya.

Umum juga sedar bahawa tabiat pemakanan boleh mempengaruhi kesihatan seseorang. Dewasa ini, pelbagai variasi produk makanan berjaya dihasilkan demi memenuhi selera manusia. Sebagai contoh, kepelbagaian dalam menyediakan juadah untuk upacara tradisi keluarga atau meraikan sesuatu majlis. Tidak salah untuk menyediakan makanan yang banyak, apa yang penting dan mencabarnya disini ialah tanggungjawab kita dalam memastikan kesemua makanan yang kita sediakan memiliki segala nutrisi dan keseimbangan pemakanan yang diperlukan oleh tubuh kita.